BDH.
Posted on Monday, May 5, 2014, 12:57 AM, [0]
Bodoh rupanya aku relakan kau huni hati aku
Patutnya awal lagi aku kunci elok bermangga hati ini
Aku katup rapat tingkap
Sekalipun lubang angin akan kututup
Patutnya awal lagi aku usir kau dari menjengah hati
Sebab kau tak layak biarpun untuk meninjau di lubang pintu
Bodoh rupanya aku
Biarkan hati ini kau huni
Ternyata tujuan kau tekan loceng hati dahulu
Hanya untuk menumpang hati aku
Dan bila kau dah puas
Kau tinggalkan rumah hati ini kosong tanpa penghuni
Em
Well said, jantan
Hati aku bukan rumah tumpangan
`
Posted on Sunday, May 4, 2014, 11:01 PM, [0]
Kadang aku khilaf
Kadang aku terkapai-kapai
Lemas dalam lautan era
Hanyut diarus alunan ombak dunia
Yang aku pinta bukan cacian
Malah tidak jua simpati
Tapi apa yang aku mahu
Satu hamba Tuhan yang sudi tolong aku
Tarik tangan aku
Bawa aku di bawah sinaran mentari
Keringkan aku dari cairan dosa
msb.
KATA KAU.
Posted on Saturday, May 3, 2014, 6:02 PM, [0]
Kau kata
Kau faham keadaan aku
Kau kata
Kau tahu kesibukan aku
Kau kata
Kau berikan ruang untukku
Sejak kata-kata kau itu
Boleh kira berapa kali
Kau message aku
Boleh kira berapa kali
Kau tanya khabar aku
Aku sakit hati
Bila aku suarakan sakit hati itu
Kau kata lagi
"Saya bagi awak ruang."
Cukuplah
Ruang yang kau bagi terlalu luas
Tapi tidak berpenghuni
Kalau kau dah bosan dengan aku
Kau cakap
Jangan sibuk jadi sweet talker
Tapi bila waktu kau perlu jujur
Kau goyang
AKU DAH CUBA.
Posted on 4:22 PM, [0]
Aku cuba
Jadi baik
Aku cuba
Jadi sempurna
Aku cuba
Jadi cantik
Aku cuba
Sesuaikan diri dalam setiap perkara
Aku cuba
Jadi apa yang orang lain mahu
Aku cuba
Jadi yang diingini
Aku bukan cuba
Ubah diri sendiri
Aku bukan cuba
Jadi orang lain
Tapi aku cuba
Perbaiki diri
Tapi
Kenapa orang tak nampak?
Aku dah cuba
Sedaya upaya
E.
Posted on 3:22 AM, [1]
Aku kalau bertekak
Aku taknak kalah
Aku takkan kalah
Kalau itu bukan salah aku
Lagi-lagi kalau itu fitnah
Aku takkan mengalah
Biarpun orang kata
Mengalah tak semestinya kalah
Bermaafan?
Hahah *gelak setan*
Sedangkan nabi memaafkan umatnya
Siapalah aku untuk gantung dosa manusia?
Itu kata-kata Bukan Kerana Aku Tak Cinta
Tapi aku punya satu masalah besar
Aku manusia berhati keras
Untuk melupakan pun payah
Inikan pula untuk memaafkan
Namun aku tidak sekeras batu
Persengketaan tetap jua perlu diakhiri
Tapi bukan aku penghabisnya
Jika dia pemula
Biar dia pengakhir
Seperti yang aku kata
Aku tidak mengalah
Cukuplah dia mengundur diri
Dan jangan datang lagi
Dengan cara ini
Lambat atau cepat
Aku akan jua memaafkan
Itu janji aku
Tapi yang pasti
Bukan sekarang