MEMORI.
Posted on Tuesday, April 29, 2014, 5:36 PM, [0]
Memori itu
Aku campak jauh ke utara
Jika aku di selatan
Aku campak jauh ke barat
Jika aku di timur
Bukan kerana aku bingai
Untuk menghargai memori itu
Tetapi kerana
Memori itu
Ibarat ayam
Yang dicuci dengan mutlaknya air
Kemudian direndam dalam manisnya glukos
Seterusnya disalut dengan tajamnya kaca
Dan digoreng dengan minyak yang kotor
Kerana memori yang kulakar itu
Pada awalnya semanis madu
Dan diakhiri dengan pahit hempedu
Aku campak memori itu
Kerana memori 'manis' itu terlalu pahit untuk dikenang
Kalau boleh
Memori itu ingin kulempar ke langit
Biar ia terwayang pada manusia atas tanah
Betapa ayam yang mula-mula dicuci bersih
Boleh membunuh dek salutan kaca yang tajam
Dan kurelakan
Supaya ia menjadi amaran
Kepada para pencipta memori
Agar berhati-hati
Ketika mengikir memoir