TANGIS.
Posted on Monday, April 14, 2014, 3:48 AM, Comment [0]

Ada satu perkara yang manusia salah tafsir
Iaitu berkenaan tangis

Kata tangis itu lambang kelemahan
Bilang tangis itu simbol kekalahan
Agaknya mereka tidak menangis
Sebagai spesifikasinya mereka tiada rasa

Ingin sekali aku sangkal
Ingin sekali aku laung
Tangisan itu adalah tanda
Tanda buang kesakitan yang dipendam

Kadang nangis bukan kerana longlai
Berbatu sekali puncanya tewas
Tangis itu untuk kita lepaskan sesuatu
Sesuatu yang diperam berabad di hati

Luahkanlah
Kadang dah tak tertanggung dek nurani

Apa nak malu
Yang tidak nangis itu yang ego

Namun janganlah pula disiakan
Jangan nangis pada yang tak perlu
Jangan nangis pada yang enteng
Jangan nangis pada yang lewah
Kerana mutiara itu bukan murahan

Kadang ini satu punca
Yang mereka kata
"Menangis tu lemah."

Kau tahu apa puncanya?
Yang nangis kerana banjingan

Jangan kerana ini
Nilai tangis itu dilihat sipi

Navigates


Disclaimer|Purpose|Follow



Surah Daily


♪ ♫ ♩ ♬



Creditors

Skin By : Hafiz Zulkafly
Device : Adobe Photoshop CS5
Others : Pakcik Google ImgUr
Best View : Using Google Chrome


Time Machine

Copyright© 2011 : Hafiz Zulkafly. All Right Reserved.