Posted on Saturday, May 3, 2014, 4:22 PM, Comment [0]
Aku cuba
Jadi baik
Aku cuba
Jadi sempurna
Aku cuba
Jadi cantik
Aku cuba
Sesuaikan diri dalam setiap perkara
Aku cuba
Jadi apa yang orang lain mahu
Aku cuba
Jadi yang diingini
Aku bukan cuba
Ubah diri sendiri
Aku bukan cuba
Jadi orang lain
Tapi aku cuba Perbaiki diri
Tapi
Kenapa orang tak nampak?
Aku dah cuba
Sedaya upaya
Posted on Saturday, May 3, 2014, 4:22 PM, Comment 0
Aku cuba
Jadi baik
Aku cuba
Jadi sempurna
Aku cuba
Jadi cantik
Aku cuba
Sesuaikan diri dalam setiap perkara
Aku cuba
Jadi apa yang orang lain mahu
Aku cuba
Jadi yang diingini
Aku bukan cuba
Ubah diri sendiri
Aku bukan cuba
Jadi orang lain
Tapi aku cuba Perbaiki diri
Tapi
Kenapa orang tak nampak?
Aku dah cuba
Sedaya upaya
Little Servant
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Siapa aku?
Katanya Little Servant
Maaf aku bercanda
Mungkin tidak kena pada kalian
Jika kalian tertanya
"Siapa dia?"
Hentikanlah
Aku bukan sesiapa untuk dikenali
Aku hanya seorang pencoret
Tidaklah berilmu di dada
Tidak juga bijak berpuisi
Aku hanya mencoret apa yang terlintas
Tidak juga mantap imanku
Tidak semulia Khadijah akhlakku
Tidak seindah Balqis parasku
Sungguh
Aku benar terasa hina
Aku lakukan silap
Aku bina dosa
Tiba ini
Aku cuba runtuhkan tembok
Tembok dosa yang kubina
Namun
Aku kurang berdaya
Tetapi aku percaya
Selagi aku berusaha
Selagi aku berdoa
Selagi aku bertawakal
Allah sedang tersenyum
Melihat ikhtiarku
Dan jika kata-Nya
"Kun Faya Kun!"
Maka akan terjadilah semuanya
Segala
Atas kehendak-Nya
Semoga kehendak-Nya itu
Adalah aku
Dan mungkin kita
Yang bakal diletak di dalam syurga-Nya
Amin
H a i
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Purpose.
Tujuan blog ini aku tubuhkan? Biarpun tidak sempurna namun tinggi harapan aku agar isi blog ini dapat dimanfaatkan kepada semua manusia.