BUKAN KALI INI.
Posted on Monday, April 14, 2014, 4:38 PM, Comment [0]

Cukup sekali
Kau tipu bohong bodohkan aku

Cukup sekali
Kau bunuh tikam aku

Dan bukan untuk kali ini
Sebab aku untuk kau dah mati
Sebab aku dah bosan
Aku taknak baca buku yang sama banyak kali
Nak taruh harapan pada benda yang aku pasti tak pasti
Sebab aku benci dibaling hina caci
Aku tak lagi boleh kau guling macam guli

Dulu aku kau ludah
Takkan nak jilat balik ludah sendiri
Tak malu?

Dulu kau dah buat
Dan besar harapan aku agar kau puas

Tak payah untuk kali ini
Sekarang aku muak dengan filem kau
Berlayar tanpa kesedaran
Kau tidak lagi pelakon hebat
Kau bukan jua selebriti tersohor
Kata-kata kau dah basi
Ayat manis tu dah semut kerumuni
Sudahlah
Lakonan kau dah tak menjadi

Bukan kali ini
Bukan juga selepas ini

Navigates


Disclaimer|Purpose|Follow



Surah Daily


♪ ♫ ♩ ♬



Creditors

Skin By : Hafiz Zulkafly
Device : Adobe Photoshop CS5
Others : Pakcik Google ImgUr
Best View : Using Google Chrome


Time Machine

Copyright© 2011 : Hafiz Zulkafly. All Right Reserved.