GRAVITI.
Posted on Thursday, April 17, 2014, 11:52 PM, Comment [0]

Ada satu benda
Yang aku suka kenaan fizik
Tentang graviti
Iya tarikan graviti

Biar kau asyik lompat
Kau akan jatuh

Walau kau angkuh terbang
Di bumi kau sembam

Waima kau bongkak gayut bulan
Kau pasti turun

Kau tahu kenapa?
Sebab pi mai pi mai tang tu
Dan kau mahu tahu kenapa aku suka?

Cuba kau perhati
Apa bandingan graviti dan famili?

Graviti tetap menarik biar jauh jutaan inci
Sama seperti famili
Sejauh mana kau berlari
Berapa benua pun kau menjauh
Yang famili tetap menanti

Seburuk mana si polan
Sesyaitan apa pun dia
Famili itu akan ada di sisi
Through thick and thin
Itu kata-kata omputih

Aku harap kau mampu substitute famili dalam graviti
Aku malas nak terangkan lagi
Fahamkan sendiri

Navigates


Disclaimer|Purpose|Follow



Surah Daily


♪ ♫ ♩ ♬



Creditors

Skin By : Hafiz Zulkafly
Device : Adobe Photoshop CS5
Others : Pakcik Google ImgUr
Best View : Using Google Chrome


Time Machine

Copyright© 2011 : Hafiz Zulkafly. All Right Reserved.