UBAH.
Posted on Saturday, April 19, 2014, 5:09 AM, [0]
Bukan manusia kalau tidak lakukan dosa
Kadang ada yang menegur
Ada masa yang menasihat tu ada
Namun bukan penasihat yang menjadi isu
Tetapi yang dinasihat itu
Mereka ini terbahagi kepada beberapa
Pertama sekali
Golongan buta tuli
Bila dinasihat tidak mempeduli
Dosa neraka orang jaja sikit pun tak menjadi
Keduanya
Golongan jadi apa
Tika ditegur
"So what" dibalasnya
Hati menegur memang rasa disakiti
Cuman melatahnya tidak
Ketiga pula
Kau pun punya kalangan
Saat dinasihat
"Tak payah berlagak baik. Kau pun sama."
Terakhir sekali
Lingkungan positive thinking
Orang kata
"Kalau kejap lagi mati, tak sempat nak bertaubat."
Tapi dia balas
"Itu dah kira doa. Takpe, ada masa lagi."
Kalau ada masa adalah
Kalau masa tiada?
Berubahlah
Sementara nafas masih dihela
Sementara dada masih bergelora
Sementara nadi masih bernyawa
Sementara iman masih bersisa
Sementara hidayah masih punya
Taubatlah
Dengan terapan ikhlas di jiwa
Lembutkan nurani
Rendahkan ego sebawah bumi
Kerana hidup ini merupakan titi
Untuk kita menuju ke akhirat nanti
Kerana hidup dunia tiada kedua kali
Untuk kita mengemis bekalan yang abadi