ALPA.
Posted on Sunday, April 20, 2014, 10:11 PM, Comment [0]
Untuk kesekian kalinyaAku mengeluh lagi Aku merungut lagi Acap kali aku meminta Tapi tidak dikurnia Bersepuk sabar aku hampar Berguni tawakal aku lempar Dan masih sama Aku tidak dapat apa-apa Acap kali aku mempertikai "Kenapa benda yang aku nak Tuhan tak bagi?" "Kenapa dia dapat tapi aku tak?" "Kenapa dia ada tapi aku tiada?" "Aku dah doa tapi mana?" "Aku dah usaha tapi sia-sia" "Tak layakkah aku mendapatkannya?" Tapi aku lupa Bahawa hidup aku sudah terlalu mewah Dengan nikmat Tuhan Yang nilainya tidak terhingga Tapi aku lupa Hidup ini bukan tentang mendapatkan semua benda Tetapi mensyukuri apa yang ada Dan mencinta perkara yang bakal jelma Bohong jika aku kata Aku tidak kecewa Tipu jika aku bilang Aku tidak terkilan Namun sejenak aku terfikir Layakkah aku mempertikai? Wajarkah aku mempersoal? Kerana semua ini ketentuan-Nya Aku manusia alpa Aku sering meminta Yang bukan aku punya Aku sering cemburu Pada yang bukan milik aku Ya Allah Ampunkan aku. |
Navigates
![]() Surah Daily
![]() ♪ ♫ ♩ ♬
Creditors
Device : Adobe Photoshop CS5 Others : Pakcik Google ImgUr Best View : Using Google Chrome Time Machine
|