JWNG.
Posted on Monday, April 21, 2014, 9:15 PM, Comment [0]

Aku tahu aku siapa
Aku betul sedar diri
Aku tahu aku di mana
Begitu lemah dibanding yang hebat
Begitu rendah dibanding yang tinggi
Begitu miskin dibanding yang kaya
Begitu bumi dibanding yang langit

Aku tahu aku siapa
Seorang manusia dungu
Yang sentiasa menunggu
Pada benda yang pasti tidak untuk aku

Aku betul sedar diri ini
Yang sengaja membuat batak diri
Ingin dia yang disayang mendampingi

Biar ditolak seribu kali
Sejuta kali akan kukejari
Biar dihina dicaci dimaki
Takkan kumenyerah walau sekali

Kerana aku ingin kau tahu
Perkara yang aku tahu kau tahu
Bahawa aku punya sekeping hati
Mungkin pada engkau
Sekeping ini ibarat sehelai kertas
Yang bisa dikeronyok sesuka hati
Tapi engkau ketinggalan satu perkara
Hati ini sedang menyimpan sesuatu
Rahsia yang patut tiada ketahu
Kecuali engkau dan aku
Jika engkau ingin tahu rahsia itu
Kau kena rasa sama apa yang aku rasa
Iaitu mencintai kau sepenuh hati

Aku harap kau balas puisi ini
Sebab aku dah buat pengorbanan besar
Kau tahu apa?
Menyebut 'cinta' tu pun aku geli
Tapi aku buang geli
Untuk luahkan pada kau semata
Sila terharu

Navigates


Disclaimer|Purpose|Follow



Surah Daily


♪ ♫ ♩ ♬



Creditors

Skin By : Hafiz Zulkafly
Device : Adobe Photoshop CS5
Others : Pakcik Google ImgUr
Best View : Using Google Chrome


Time Machine

Copyright© 2011 : Hafiz Zulkafly. All Right Reserved.