JAYA.
Posted on Thursday, April 24, 2014, 1:10 AM, Comment [0]

Dunia ini adil
Cuma sesekali kita dibedil
Tapi itu adalah takdir
Dan kerana dunia ini adil
Tuhan titipkan kejayaan untuk setiap manusia

Kejayaan yang bagaimana ya?

Jika wang adalah kunci kejayaan
Maka berjayalah orang kaya
Jika IQ adalah kunci kejayaan
Maka berjayalah cerdik pandai
Jika pangkat adalah kunci kejayaan
Maka berjayalah yang berjawatan
Jika fizikal adalah kunci kejayaan
Maka berjayalah manusia cantik

Jadi bagaimana dengan...
Manusia yang miskin?
Manusia yang tidak bijak?
Manusia yang orang bawahan?
Manusia yang tidak cantik?
Apakah mereka tidak berjaya?

Semua ini bukan kejayaan sebenar
Kejayaan itu ialah
Untuk manusia yang beriman
Manusia yang berakhlak
Kerana iman ini merupakan aset mampu milik
Tidak perlukan wang
Tidak perlukan IQ antarabangsa
Yang diperlukan hanyalah
Komitmen ketika beribadah
Komited dengan amal makruf nahi mungkar

Kerana dunia ini adil
Tuhan titipkan kejayaan untuk setiap manusia
Yang ingin berjaya

Navigates


Disclaimer|Purpose|Follow



Surah Daily


♪ ♫ ♩ ♬



Creditors

Skin By : Hafiz Zulkafly
Device : Adobe Photoshop CS5
Others : Pakcik Google ImgUr
Best View : Using Google Chrome


Time Machine

Copyright© 2011 : Hafiz Zulkafly. All Right Reserved.