KEHIDUPAN.
Posted on Friday, April 11, 2014, 2:52 PM, Comment [0]
Hidup jika
sifar cabaran
Itu bukan
kehidupan
Maksud aku
Hidup mana
tanpa cabaran
Pepatah pun
bijak bicara
Laut mana
tidak dilambung ombak
Bumi mana
tidak ditimpa hujan
Bagi aku cabaran
itu ibarat sahabat
Jadi
tenanglah andai sahabat tiba
Kerana ia
tidak datang sendiri
Ia datang
bersama janji
Janji Tuhan
yang mengatakan
“Setiap duka
diikuti suka”
Maka
Selamat datang
ke sebuah alam
Yang digelar
kehidupan.
|
Navigates
![]() Surah Daily
![]() ♪ ♫ ♩ ♬
Creditors
Device : Adobe Photoshop CS5 Others : Pakcik Google ImgUr Best View : Using Google Chrome Time Machine
|