RIAK.
Posted on Saturday, April 12, 2014, 3:57 AM, [0]
Riak itu balasnya dosa
Aku tahu kau tahu
Tapi satu silap kita
Kita tak endahkannya
"Bila masa aku riak?"
Kau jangan soal begini
"Kau tuduh aku."
Kau jangan kata begitu
Sebab apa kau tahu?
Sebab dunia dengki
Dengan satu ayat sahaja
Kau aku boleh riak sebulu
Kau tahu ayatnya?
"Ish, bilalah dia nak berubah macam aku?"
Lebih kurang begini tapi tidak sebiji
Tapi tahulah ia seerti
Saudari saudara tolong hati-hati
Aku kau tahu dunia ni hasad
Jangan sebab satu ayat
Kita seiringan ke neraka nanti
Sedangkan kita solat
Walaupun kita sedekah
Bukankah itu rugi
Ya rugi sekali
Jadi sentiasa ingat pada yang Satu
Jadikan istighfar teman abadi
Jangan mudah kalah
Dengan dunia yang dengki.