TAN.
Posted on Saturday, April 12, 2014, 4:24 AM, Comment [0]

Dunia ni dah tua
Tak lama lagi matilah
Kita pun bukan muda
Hidup dah lama
Usia pun dah bangka

Tapi masing-masing masih kejarkan suka
Hoi itu bukan suka itu duka
Percayalah itu duka bencana
Dia pakai topeng suka
Untuk tipu kita yang senang lupa

Cukuplah tu
Sudahlah tu

Ini bukan masa kita nak berjimba
Bukan lagi masa kita berdansa
Allah sedang memerhati
Malaikat sedang mencatat

Jomlah buat pahala
Bahu kiri dah berat berbata
Jomlah ligan syurga
Muhamad sedang tunggu kita

Tak payah lagi ikut dosa
Syaitan dah melonjak dalam neraka
Syaitan ingin kita ikut rentaknya

Jom kita tunjuk dekat syaitan
"Kami ada Muhamad, mengapa mesti ikut engkau?"

Syaitan takkan pernah putus asa
Kental jiwanya
Jadi kita tunjukkan jiwa iman kita
Kau rilek je, Tan
Kau duduk jelah dalam neraka
Kami ingin ke syurga
Bersama Islam yang bakinya.

Navigates


Disclaimer|Purpose|Follow



Surah Daily


♪ ♫ ♩ ♬



Creditors

Skin By : Hafiz Zulkafly
Device : Adobe Photoshop CS5
Others : Pakcik Google ImgUr
Best View : Using Google Chrome


Time Machine

Copyright© 2011 : Hafiz Zulkafly. All Right Reserved.