PENCUBA.
Posted on Thursday, May 1, 2014, 11:42 PM, Comment [0]

Aku pernah jumpa satu orang
Yang aku telah sayang
Tapi itu dulu
Sebab dulu dia orang
Kata-katanya menyenangkan
Segala janji ditabur
Betapa lautan api sanggup dia harung
Namun aku tidak sedar
Yang banjir pun dia takut rentasi
Betapa ribut taufan akan dia redah
Tanpa aku sedar
Yang rebas pun dia berpayung
Dan bila aku sedar
Rupanya dia seekor penipu

Dahulu
Dia pernah kata
"Kita di dunia sebagai seorang pencuba"
Ya benar
Dia seorang pencuba
Yang mencuba untuk mencari sesuatu yang tidak kupasti apa
Dengan cara menipu
Dan aku seorang pencuba
Yang mencuba mencari kebahagiaan
Dengan tanpa tahuku ia seorang penipu

Pergilah
Tiba masanya aku cuba cari bahagia
Bersama pencuba yang lain
Yang mungkin seorang pencuba yang ikhlas
Tiba saatnya engkau berundur
Untuk cuba menipu pencuba yang lain
Tapi aku gusar
Kiranya yang bakal menjadi mangsa engkau itu
Tidak setabah aku

Navigates


Disclaimer|Purpose|Follow



Surah Daily


♪ ♫ ♩ ♬



Creditors

Skin By : Hafiz Zulkafly
Device : Adobe Photoshop CS5
Others : Pakcik Google ImgUr
Best View : Using Google Chrome


Time Machine

Copyright© 2011 : Hafiz Zulkafly. All Right Reserved.